23 Mar 2006

Curi handphone...

An e-mail I received:-

korang kena hati²....

Asslamualaikum wahai semua sahabat-sahabatku yang berada di mana saja. Cerita ni, berdasarkan pengalaman aku hilang handphone, dengan cara terhormat sekali. Pelik bunyinya kan? Cadangnya malas nak beritau, tapi kawan2 aku termasuk famili aku beria2 suruh aku beritau kat semua orang, kalau buleh satu Malaysia. Ni semua untuk kawan-kawan agar berhati-hati bila orang nak mengenali anda..

Al-kisahnya..pada hari Rabu (4 Jan 2006), aku baru balik keje dari Sepang ke Shah Alam. Tapi kawan sekerja aku memang hari-hari turunkan aku kat Kompleks PKNS. Dan dari situ, memang ayah aku akan ambil untuk pulang ke rumah. Ntah kenape hari tu, ayah aku lambat pulak datang ambil aku. Pastu aku pun keluarkanlah handphone Nokia 6600, sebab nak telefon ayah aku.

Tiba-tiba datang seorang perempuan yang tubuhnya gempal, berkulit hitam manis dan tidak bertudung duduk di sebelah aku dan menegur aku. Aku pun layan macam biasa. Dia tanya nama aku, tinggal kat mana dan macam-macam lagi. Aku pun tanya nama dia, katanya Diana, tinggal kat Seksyen yang aku duduk, kerja kat Kelana Jaya (Pejabat Peguam..Kononla tuuu).

Nak dijadikan cerita, dia tanya aku kenapa tak naik bas je pulang ke rumah? Kenapa nak tunggu ayah ambil? So, aku jawab..dah alang-alang ayah aku nak balik, dia ambil aku sekali. Aku pun tanya dia juge, kenapa tak balik naik bas? Dia kata, dia orang baru kat shah alam ni. Mak sedara dia yang selalu ambil dia..sebab takut kalau-kalau orang yang tak dipercayai perdaya dia. (Eeiiiii Geramnyaaaa)..

Dia kata kat aku, boleh tak esok, ajarkan dia naik bas. Sememangnya..kalau ayah aku tak dapat ambil, aku memang naik bas. Jadi, aku kata bolehlah ape salahnya. Niat aku ikhlas nak tolong. Tapi yang peliknya, dia berkali-kali kata..esok jgn suruh ayah aku datang ambil aku. Aku pun tak kisahlah.. Sebelum balik, sempat juga dia mintak no telefon aku (tapi dia tulis atas kertas..katanya handphone dia rosak) Aku pun mintak no telefon dia, tapi aku save terus dalam handphone.

Keesokkan harinya..Khamis (5 Jan 2006). Dia setia menunggu aku kat depan Kompleks PKNS Shah Alam, walaupun sejam menunggu aku. Dia pun menyambut aku dengan senyum (tapi membuat aku nak muntah bila teringat semula). Sebelum nak balik (naik bas), dia ajak aku minum kejap kat Mc'Donald (kat tingkat satu). Katanya kawannya nak join sekali nak kenal dengan aku. tapi kawan dia tak sampai lagi. Aku dan budak gempal ni pun makan la kat Mc'Donald (dia belanja). Dalam 20 minit berborak, dia minta izin kat aku untuk taipkan msg kat kawan dia yang tak sampai-sampai tu. Dia suruh aku taip "TOLONG CALL DIANA BALIK" .

Yelah handphone dia kan rosak... Dalam beberapa saat, kawan dia call hp aku. Dan semestinya aku beri hp aku kat dia tu. Dia pun beriya-iya la mengatakan kat kawan dia, yg dia ada kat Mc'Donald. Dia kata kawannya tak tau kitorang ni kat mana. Dia kasi hp kat aku balik. Baru aku nak simpan hp aku, kawan dia call balik. Aku pun kasi la balik hp aku kat dia. Ntah macam mana, sambil dia bercakap kat dalam hp..dia pun terus bangun macam tergesa-gesa nak turun ke bawah. Dia kata, kawannya ada kat sekeliling Kompleks dan tak tau kat mana Mc'Donald.

Jadi, sambil online, dia kata kat aku ' tunggu kejap yea, kawan saya dah sampai tapi tak tau kita kat mana sekarang. Saya nak amik dia kejap..Awak tolong tengokkan beg saya ya.' Dia pun berlalu sambil bercakap dengan kawan dia kat dalam hp. 5 minit lebih juga aku tunggu. Aku dah tak sedap hati, lantas aku buka beg dia. Lemah jantung aku..yang ada dalam beg tu cuma majalah wanita, remaja dan plastik besar yang dironyokkan (agar nampak beg tu besar)..

Aku pun bergegas turun..Memang budak gemuk tu dah hilang. Aku cuba tabahkan hati.. Aku pergi kat public, call boyfriend aku suruh dia call hp aku. Suara aku dah tersekat-sekat nak cerita. Macam nak nangis je, tapi aku kontrol sebab orang ramai. Aku call balik pakwe aku, dia kata memang dah tak dapat. Last-last aku dah takde mood nak naik bas.

Pakwe aku call mak aku, dan mintak ayah aku datang ambil aku.. (ayah aku juge yang datang amik.. sian dia..)

Itulah al-kisahnya cerita aku yang panjang lebar. Tak sangka selama 2 hari budak gemuk tu nak dapatkan hp aku. Tak terlintas difikiran hp aku yang jadi mangsa. Niat aku hanya nak tolong dia. Tapi ini balasannya..

Malam tu aku baca yassin sambil nangis2...memang la sedih hp hilang, tapi lagi jiwa aku sakit sebab niat aku nak tunjukkan jalan, tapi orang khianati aku. Ini semua iktibar untuk diri aku dan kawan2 semua.Berhati-hatilah..sekarang orang yang baik pun aku dah takut. Macam-macam orang sekarang..

Oklah geng..semoga cerita aku ni memberi peringatan kepada korang semua.sampai sekarang aku masih ingat wajah budak tu. Biarlah tuhan sahaja yg membalas perbuatannya, supaya dia tak buat orang lain lagi....uwaaaaaaaa!!!!



P.S. Thanks Ratna!!!

3 comments:

Masy said...

dpt gak email ni..

sume org jaga2 arr..

MiLd said...

Pinjam handphone?!! LOL

Anonymous said...

emmm...memang pengajaran..
kite pn dh kene curik gak..nyampah lah..biaselah kat pudu..terlepas pandang sesaat pn blh ilang..nk wat camne..yg geramnyer..bapak aku br adiahkn handpone tuh..ish...klu ler...ish xtau nak kate ler...hati2 le..

Post a Comment

Thanks for commenting... ;)

What Say You? © 2005 - 2016.