30 Sept 2005

... besok siapa juara?..

Besok Perlis lawan Selangor. Aku rasa Perlis menang sebab Yang DiPertuan Agung adalah Sultan Perlis... :)

Bajet 2006 dan Bencana Di Seluruh Dunia...


Seperti yang telah diwar-warkan maka pada jam 3.30 petang nanti insyaallah akan berlangsunglah pembentangan BAJET 2006 di Parlimen kita. Rasanya ramai yang tak sabar menunggunya. Aku pun sama, tak sabar nak mengetahui apa kesejahteraan dan keselesaan untuk rakyat seperti yang dijanjikan tu akan dapat aku dan seluruh rakyat di tanahair ini kecapi. Mudah-mudahan banyak kebaikannya dari Bajet 2006 ni berkat dibentangkan di penghulu segala hari... but bear in mind, nothing is FREE!!! :)

Sekarang ni di merata dunia berlaku berbagai bencana hurricane, banjir kilat dan macam-macam lagi. Kita dan Singapura pula sedang diancam denggi berdarah manakala di Indonesia berlaku tunjuk perasaan yang besar menentang kenaikan harga minyak. Apakah pelajaran yang akan diperolehi oleh dunia dari semua peristiwa ini? Masih adakah yang masih merasa super dan hebat?

Ekoran dari bencana demi bencana yang berlaku maka teringat aku akan patah-patah lagu puisi oleh Ebiet G. Ade:-

mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
yang sering salah dan bangga dengan dosa-dosa
atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
cuba kau bertanya pada rumput yang bergoyang...


Mudah-mudahan sempena Ramadhan yang semakin hampir ini, kita diberi keinsafan dan petunjuk yang banyak... Amin.

29 Sept 2005

Hujanlah Pulak!

Blog ni pakai jam mana hah? Sepatutnya Pukul 5.03pm ni...! Hujan lah pulak... Phobia nampak hujan ni... apa lagi, traffic jamlah...! Apa jua pun hujan tetap satu rahmat. Nak window shopping malas rasanya... terliur juga tengok 3G! Lebih baik balik relax... Banyak lagilah nak kena set ni!!! Baru-baru memang ginilah... Jam dah OK!

What to say...?


Hi there... Today is my first day of blogging kih kih kih :) Orang blog aku pun nak blog tapi apa aku nak tulis aku pun blank... Kalau ada idea(s) tolonglah campak kat aku... that's what friends are for. For this time being my blog is moving slowly...

Hari ni ada upacara tapi aku malas nak hadir. Sememangnya aku malas hadir apa-apa aktiviti since last 5 years... aku cuma layan tenis and my DVD collections... 7.1 surround babe!!! From DTS to DTX-ES, SACD, Dolby ProLogicIIs to Dolby-EX. Apa lagi nak tulis ha? :)

JANGAN LUPA all fellow countrymen/women... Besok (30/9) pembentangan BAJET 2006!!! Sama-samalah kita mengikutinya untuk menyesuaikan diri dan perbelanjaan dengan kehidupan di tahun 2006 nanti...

What Say You?

What Say You? © 2005 - 2016.