28 Oct 2005

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI untuk semua...

Aku dengan suci hati mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua pelawat-pelawat Blog ini yang beragama Islam semoga gembira di Hariraya nanti. Jagalah diri dan keluarga baik-baik. Selalulah "jalan-jalan" ke Blog ini

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat saudara-mara ku jauh dan dekat, moga bertemu di hari lebaran nanti kalau ada kesempatan jika tidak... ku mohon ampun maaf dan halalkan segala makan dan minum ku.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua teman-teman yang mengenali ku di mana saja berada semoga bahagia di Hariraya bersama keluarga. Ampunkan salah silap ku.

HAPPY AIDILFITRI to our Muslim brothers and sisters in Iraq, Palestine, Afghanistan and Pakistan; may Allah bless you in celebrating the Aidilfitri....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua umat Islam di dunia ini.

HAPPY AIDILFITRI to Muslimins and Muslimats all over the world...

Allahu Akbar.

10 jenis tangisan...

Kata Ibnu Qayyim...

Ada 10 Jenis Tangis:-
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?. Kalaulah airmata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji??
Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan yang sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Airmata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan airmata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada airmata taubat mu!."

Airmata yang tidak dituntut:
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukankah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis bila menonton filem hindustan, itukan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam ujian mungkin kita kurang membuat persediaan .
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat yakinlah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??.. Simpanlah airmata-airmata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah airmata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat keampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat"?? Seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran airmatanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Airmata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu.

Lengang...!

KL dah mulai ditinggalkan! Pagi tadi aku ke pejabat mudah aje. Tapi petang ni tak tahu lagi macam mana tapi rasanya mereka balik lepas berbuka kot... Rasa gembira nak raya dah mulai terbit begitu juga rasa sedih nak berpisah dengan Ramadhan...

27 Oct 2005

Aidilfitri makin hampir...

Pejam celik, pejam celik... lagi seminggu nak raya! Seronoknya perantau berhari raya ialah kerana nak balik kampung... seronoknya balik kampung berhariraya ialah bila ayah bonda masih ada... Sejak kehilangan ayah dan bonda sejak 5 tahun lalu, hariraya aku dah tak seronok lagi macam semasa mereka ada. Tangan mereka yang ku cium selalu sudah tiada lagi... so bagi yang masih ada ibu dan bapa tu pergilah menjengok mereka di kampung...

Besok sehari lagi aku bekerja then cuti sampai 8-11-2005, so is my blog! :) Ucapan rasmi akan aku buat besok di blog ni... :)

You will never find time for anything. If you want time you must make it. - Charles Buxton.

26 Oct 2005

Ironic....

This has to be one of the biggest jokes in computer history! Not that I am saying that it is wrong but it is a bit of a laugh!! See for yourself.

Please follow the simple instructions:-
1- Go to www.google.com
2- Type in "Failure", without the quotes
3- Instead of hitting Search hit I'm feeling Lucky
4- See what comes up!
5- Tell your friends before the people at Google fix it

Kisah Buah Tamar


Image hosted by Photobucket.com



Petikan artikel dari Majalah Anis keluaran Oktober 2005.

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal. Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.

Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s.

Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam.

Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina.

Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah kahwin bunga (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah.




Pada bulan Februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.

Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55 darjah Celcius. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan Ogos adalah musim menuai.

Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita....

Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam. "Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s."

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan (ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini." Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

Beauty...

Some people, no matter how old they get, never lose their beauty... they merely move it from their faces into their hearts...

Water Bridge in Germany .... What a feat!


Image hosted by Photobucket.com





Six years, 500 million euros, 918 meters long.......now this is engineering! This is a channel-bridge over the River Elbe and joins the former East and West Germany , as part of the unification project. It is located in the city of Magdeburg , near Berlin . The photo was taken on the day of inauguration. To those who appreciate engineering projects..... In what’s being hailed as an engineering masterpiece, two important German shipping canals have been joined by a giant kilometer-long concrete bathtub. The new waterway near the eastern town of Magdeburg opens Friday. If you want to know more go HERE...

25 Oct 2005

... lawak nak tunggu berbuka ...

Berhati-hati semasa membeli kuih-muih di Bazaar Ramadhan...

Kassim bengang gile bile dia dapati cucur udang yg dibeli tak ada seekor udang pun kat dalamnya..lalu dia pun pi balik kat gerai makcik jual kuih tuh ngan panas hati tanye kat makcik yg jual tu..."Makcik pasal cucur udang ni sekor udang pun takdak??"

Makcik yg jual tu pun dgn selambe ayun nye menjawab "abih tu yg hang pi beli cuchoq badak ada tak badak kat dalamnya?? Cam ne plak ngan chucoq Kodok, Ada tak kodok yg melompat ataiihh Hang??

Moralnya...?

UDANG MASAK SERAI WANGI

Kalau rajin cubalah resepi ringkas ni... Thanks Puan Izma.

UDANG MASAK SERAI WANGI
Bahan-bahan
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
• Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
• Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
• Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
• Masukkan pati santan dan udang.
• Masak hingga naik bau.

24 Oct 2005

4 PERKARA UNTUK SIHAT...

Info ni dah lama berlegar di kalangan e-mail saja aje nak letak sini nanti kalau nak rujuk senang... :)

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Resepi seterusnya...

Ini ada resepi Popia Siam... Peminat popia bolehlah cuba ni... By the way thanks to Puan Izma...

POPIA SIAM




Bahan Bahan
200 gm kobis (dihiris halus)
250 gm daging cincang
6 ulas bawang merah (dihiris)
3 batang daun bawang
50 gm suhun (direndam)
2 s/besar kicap cair
2 s/besar sos ikan
gula secukup rasa
50 gm cendawan cina (dihiris)
30 keping kulit popia
2 s/besar tepung jagung
minyak untuk menggoreng
sedikit lada putih, sebiji telur

Bahan Hiasan
daun pudina, salad dan timun

Bahan Bahan Pencicah
8 biji cili merah
1/2 cawan gula halus
2 ulas bawang putih
2 s/besar sos ikan
kacang tanah (digoreng dan ditumbuk kasar)
1/4 cawan cuka

Sahur...

Malam tadi aku tak sahur... mesti dugaan hebat hari ni. Aku dah dengar bunyi jam 4.15 pagi tapi saja aje aku lengahkan sikit... tahu-tahu aku terbangun tepat 5.30 pagi... waktu imsaq tu! Macam perli akulah pulak...

21 Oct 2005

English Signs in Foreign Countries

Tak tahulah betul ke tidaknya ni... :) Do not know whether these are TRUE or NOT...

In a Bangkok temple:
IT IS FORBIDDEN TO ENTER A WOMAN, EVEN A FOREIGNER, iF DRESSED AS A MAN.

Cocktail lounge , Norway :
LADIES ARE REQUESTED NOT TO HAVE CHILDREN IN THE BAR.

Doctor’s office, Rome :
SPECIALIST IN WOMEN AND OTHER DISEASES.

Dry cleaners, Bangkok :
DROP YOUR TROUSERS HERE FOR THE BEST RESULTS.

In a Nairobi restaurant:
CUSTOMERS WHO FIND OUR WAITRESSES RUDE OUGHT TO SEE THE MANAGER.

On a poster at Kenya :
ARE YOU AN ADULT THAT CANNOT READ? IF SO, WE CAN HELP.

On an Athi River highway: this is the main road to Mombasa , leaving Nairobi .
TAKE NOTICE: WHEN THIS SIGN IS UNDER WATER, THIS ROAD IS IMPASSABLE.

In a City restaurant:
OPEN SEVEN DAYS A WEEK AND WEEKENDS.

A sign seen on an automatic restroom hand dryer:
DO NOT ACTIVATE WITH WET HANDS.

In a cemetery:
PERSONS ARE PROHIBITED FROM PICKING FLOWERS FROM ANY BUT THEIR OWN GRAVES.

Tokyo hotel's rules and regulations:
GUESTS ARE REQUESTED NOT TO SMOKE OR DO OTHER DISGUSTING BEHAVIOURS IN BED.

On the menu of a Swiss restaurant:
OUR WINES LEAVE YOU NOTHING TO HOPE FOR.

In a Tokyo bar:
SPECIAL COCKTAILS FOR THE LADIES WITH NUTS.

Hotel , Yugoslavia :
THE FLATTENING OF UNDERWEAR WITH PLEASURE IS THE JOB OF THE CHAMBERMAID.

Hotel , Japan :
YOU ARE INVITED TO TAKE ADVANTAGE OF THE CHAMBERMAID.

In the lobby of a Moscow hotel across from a Russian Orthodox monastery:
YOU ARE WELCOME TO VISIT THE CEMETERY WHERE FAMOUS RUSSIAN AND SOVIET COMPOSERS, ARTISTS AND WRITERS ARE BURIED DAILY EXCEPT THURSDAY.

A sign posted in Germany 's Black Forest :
IT IS STRICTLY FORBIDDEN ON OUR BLACK FOREST CAMPING SITE THAT PEOPLE OF DIFFERENT SEX, FOR INSTANCE, MEN AND WOMEN, LIVE TOGETHER IN ONE TENT UNLESS THEY ARE MARRIED WITH EACH OTHER FOR THIS PURPOSE.

Hotel, Zurich :
BECAUSE OF THE IMPROPRIETY OF ENTERTAINING GUESTS OF THE OPPOSITE SEX IN THE BEDROOM, IT IS SUGGESTED THAT THE LOBBY BE USED FOR THIS PURPOSE.

Advertisement for donkey rides, Thailand :
WOULD YOU LIKE TO RIDE ON YOUR OWN ASS?

The box of a clockwork toy made in Hong Kong :
GUARANTEED TO WORK THROUGHOUT ITS USEFUL LIFE.

In a Swiss mountain inn:
SPECIAL TODAY - NO ICE-CREAM.

Airline ticket office, Copenhagen :
WE TAKE YOUR BAGS AND SEND THEM IN ALL DIRECTIONS.

A laundry in Rome :
LADIES, LEAVE YOUR CLOTHES HERE AND SPEND THE AFTERNOON HAVING A GOOD TIME.

Printed in the Garage Gate in Sudan
NO BARKING

A New Love Story...

I will seek and find you . . .

I shall take you to bed and have my way with you .

I will make you ache, shake & sweat until you moan & groan.

I will make you beg for mercy, beg for me to stop.

I will exhaust you to the point that you will be relieved when I'm finished with you.

And, when I am finished, you will be weak for days.


All my love,
The Flu

Now, get your mind out of the gutter and go get your flu shot!!!

Daging Goreng Pattaya

Resepi best untuk dicuba bagi yang suka makan daging...! Ihsan dari Puan Izma.

DAGING GORENG PATTAYA

Bahan-bahan
500 gm daging "Top Side" bahagian peha dihiris nipis
1 labu bawang besar dihiris nipis
4 helai daun limau purut
beberapa helai daun selasih (Thai Basil)
segenggam daun ketumbar dicincang kasar
1 batang serai dititik
2 tangkai daun bawang dihiris nipis
sedikit gula
minyak untuk menggoreng

Tumbuk
3 ulas bawang putih
10 batang cili padi
2 batang cili merah

Perasa
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram

Cara-cara
• Panaskan minyak dan tumiskan serai, cili padi dan cili merah sampai wangi.
• Masukkan daging, sos tiram, sos ikan, sedikit gula dan bawang besar.
• Sebelum diangkat masukkan daun limau purut, selasih dan ketumbar.

20 Oct 2005

... sekalung TAKZIAH...

Awal pagi tadi (7.50 pagi) isteri YAB PM telah pulang ke rahmatullah di kediaman rasmi PM di Putrajaya. Jenazah allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Putrajaya selepas solat Asar sebelum di semadikan di Putrajaya... Aku mengucapkan takziah kepada Dato' Seri Abdullah sekeluarga di atas pemergian Datin Seri, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham, amin.

Hari ni aku lewat ke pejabat. Kepala berdenyut so aku tidur lepas Subuh sampai pukul 9.30am! Hujan pulak tu patutlah lena aje!! Agak reda juga kepala ni tapi aku masih ngantuk... tidur aku memang tak cukup. :(

19 Oct 2005

THE WAY OF LOVE..

Lagu best sempena bulan puasa ni!!! :) Liriknya ada tapi nak dengar lagu kena pergi ke sini


THE WAY OF LOVE

*the Prophet's path, the way of love...
only by this Love you'll rise above...like a dove that's been set free...
love with longing is the key...this love with longing is the key....
honey, nectar, sweetness and cream...
orchids blooming by a mountain stream.....starlit skies and waves on the sand...
next to love they can't stand...next to this love they can not stand....

yaa Robii yaa sarii'ar ridho irham man...
ro'su maalihir-rojaa...
wa thina maa qod sa-alnaa bi liqoo-i...khoiril anami...
yaa khoiral a'anaami...

ulang *....

**yaa Robii yaa man-ismuhu dawa wa dzikruhu...
syifaa-un lana...robbiy faj'al mujtama'na ghoyatuhu husnul...
khitami...bihusnil khitami......
how can I find a way to express...
something that cannot be thought or guesses...something more than just words?...
this love is neither seen nor heard...this love is neither seen nor heard..
Love is the rope given by ALLAH...it will save you from every flaw...
grasp it then He wil draw you near...

ulang * dan **....

- Haddad Alwi

18 Oct 2005

Kisah untuk renungan bersama...

Katakan sekarang...jangan tunggu sampai esok...

Pada suatu tempat, hiduplah seorang anak. Dia hidup dalam keluarga yang bahagia, dengan orang tua dan sanak keluarganya. Tetapi, dia selalu menganggap itu sesuatu yang wajar saja. Dia terus bermain, mengganggu adik dan kakaknya, membuat masalah bagi orang lain adalah kesukaannya.

Apabila dia menyedari akan kesalahannya dan mau minta maaf, dia selalu berkata,"Tidak apa-apa, besok kan boleh." Sesudah besar, dia amat suka ke sekolah. Dia belajar, mendapat teman, dan sangat bahagia. Tetapi, dia anggap itu wajar-wajar aja. Semua begitu saja dijalaninya sehingga dia anggap semua sudah sewajarnya. Suatu hari, dia berkelahi dengan teman baiknya. Walaupun dia tahu itu salah, tapi tidak pernah mengambil inisiatif untuk minta maaf dan berbaik dengan teman baiknya. Alasannya, "Tidak apa-apa, besok kan boleh."

Ketika meningkat remaja, teman baiknya tadi bukanlah temannya lagi. Walaupun dia sering melihat temannya itu, tapi mereka tidak pernah saling tegur. Baginya itu bukanlah masalah, kerana dia masih punyai ramai teman baik yang lain. Dia dan teman-temannya melakukan segala sesuatu bersama-sama, main, jalan-jalan dan macam2 lagi. Ya, mereka semua teman-temannya yang paling baik.

Setelah lulus, kerja membuatkannya menjadi sibuk. Dia bertemu seorang gadis yang sangat cantik dan baik. Gadis itu kemudian menjadi teman wanitanya. Dia begitu sibuk dengan kerjanya, kerana dia ingin di naikkan pangkat ke posisi paling tinggi dalam waktu yang sesingkat mungkin.

Tentu, dia rindu untuk bertemu teman-temannya. Tapi dia tidak pernah lagi menghubungi mereka, bahkan selalu lewat menelefon mereka. Dia selalu berkata, "Ah, aku penat, besok saja aku hubungi mereka." Ini tidak terlalu mengganggu dia kerana dia punyai teman-teman sekerja selalu mau apabila diajak keluar.

Jadi, waktu pun berlalu, dia lupa sama sekali untuk menelefon teman-temannya. Setelah dia berkahwin dan mempunyai anak, dia bekerja lebih kuat untuk memberi kebahagiaan pada keluarganya. Dia tidak pernah lagi membeli bunga untuk isterinya, atau pun mengingati hari lahir isterinya dan juga hari perkahwinan mereka. Itu tidak mendatangkan masalah baginya, kerana isterinya selalu mengerti, dan tidak pernah menyalahkannya.

Kadang-kadang dia merasa bersalah dan ingin punyai kesempatan untuk mengatakan pada isterinya "Aku cinta pada mu", tapi dia tidak pernah melakukannya. Alasannya, "Tidak apa-apa, saya pasti besok saya akan mengatakannya."

Dia tidak pernah bersama di majlis harijadi anak-anaknya, tapi dia tidak tahu ini akan mempengaruhi anak-anaknya. Anak-anak mulai menjauhkan diri darinya, dan tidak pernah menghabiskan waktu mereka bersama dengan ayahnya.

Suatu hari, isterinya ditimpa kemalangan, isterinya dilanggar lari. Ketika kejadian itu, dia sedang ada mesyuarat. Kemalangan itu adalah serius dan dia tidak sedar bahawa kemalangan itu bakal menjemput isterinya menemui yang Maha Mencipta. Belum sempat dia berkata "Aku cinta pada mu", isterinya telah meninggal dunia. Remuk hatinya apabila ini berlaku dan dia cuba menghiburkan diri bersama anak-anaknya setelah kematian isterinya.

Tapi, dia baru sedar bahawa anak-anaknya tidak mahu berkomunikasi dengannya. Apabila anak-anaknya dewasa dan membina keluarga masing-masing. Tidak ada yang peduli pada orang tua ini, yang di masa lalunya tidak pernah meluangkan waktunya untuk mereka.

Masa berjalan begitu pantas, orang tua ini tinggal di rumah jagaan yang terbaik, yang menyediakan layanan sangat baik. Dia menggunakan wang yang disimpannya dari mula untuk perayaan ulang tahun perkahwinan ke 50, 60, dan 70. Pada asal tujuan wang itu adalah untuk digunakan pergi bercuti ke Hawaii, New Zealand, dan negara-negara lain bersama isterinya, tapi kini terpaksa digunakan untuk membayar biaya tinggal di rumah jagaan tersebut.

Sejak dari itu sehinggalah dia meninggal, hanya ada orang-orang tua dan penjaga yang merawatnya. Dia merasa sangat kesepian, perasaan yang tidak pernah dia rasakan sebelumnya.

Semasa dia hendak meninggal, dia memanggil seorang penjaga dan berkata kepadanya, "Ah, jika aku menyedari perkara ini dari dulu...." Kemudian perlahan ia menghembuskan nafas terakhir. Dia meninggal dunia dengan airmata dipipinya.

Apa yang saya ingin katakan pada kawan-kawan dan juga pada diri saya sendiri, waktu itu tidak pernah berhenti. Anda terus maju dan maju, sebelum benar-benar menyedari, anda ternyata telah maju terlalu jauh.

Jika anda pernah bertengkar, segera berbaik antara satu sama lain!

Jika anda merasa ingin mendengar suara teman anda, jangan ragu-ragu untuk menelefonnya segera.

Akhir sekali, tapi yang paling penting, jika anda merasa ingin mengatakan pada seseorang bahawa anda sangat sayang pada dia, jangan tunggu sampai terlewat. Jika anda terus berfikir bahawa masih ada lain hari baru anda akan memberitahu dia, hari ini tidak pernah akan datang.

Jika anda selalu pikir bahawa besok akan datang, maka "besok" akan pergi begitu cepat hingga anda baru sedar bahawa waktu telah meninggalkan anda.

Email kisah ini kepada sahabat-sahabat anda..... Atau.... anda masih mahu menunggu adanya hari esok......?

"When the Loves Come With Hard Feelings, It Will Spread The Tears Through Out It's Meanings"

PEDOMAN DAN IKTIBAR UNTUK GENERASI BARU

Sedutan dari e-mail kengkawan untuk kebaikan bersama bagi yang masih belum membacanya :)

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia. Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidak lah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin!

Untuk isteri.... renungkanlah....
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim.
Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa . apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
Cita-cita membangunkan keturunan yang soleh.
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t.
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri, jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman; dan
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

... 2 resepi best untuk dicuba...

Resepi ni dihantar oleh Puan Izma... :) Sesiapa yang rajin tu bolehlah mencuba KETAM MASAM MANIS dan MASAK LEMAK REBONG BERSAMA UDANG.


KETAM MASAM MANIS



Bahan-Bahan
4 ekor ketam bunga
3 s/besar minyak masak
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 cm halia muda (dihiris)
2 s/besar sos cili
1 s/kecil cili padi
sedikit air
1 s/kecil garam/secukup rasa
2 s/besar gula/secukup rasa
1/2 cawan nenas (dipotong dadu)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji telur
1 biji lada benggala hijau
3 helai daun bawang
segenggam daun ketumbar (dihiris nipis)
sedikit jus limau nipis
sedikit minyak bijan
sedikit mentega

Cara Menyediakannya

1. Masukkan sedikit garam dan gula ke atas ketam.

2. Pukul telur. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi ketam.
Gaulkan.

3. Goreng ketam dengan minyak yang panas.

4. Tumiskan halia, lada benggala hijau, bawang putih. Masukkan
nenas, tomato dan cili api. Masukkan ketam yang telah digoreng,
stok ayam dan sedikit air, sos cili, daun bawang, dan daun
ketumbar, setitik dua minyak bijan, dan sedikit mentega.
Kemudian perah asam limau.



MASAK LEMAK REBONG BERSAMA UDANG




Bahan-Bahan
500 gm udang segar
600 gm rebong
5 biji cili merah }
6 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih } dikisar halus
150 gm udang kering }
1 biji kelapa (diambil santan)
sedikit daun selasih, gula dan garam

Cara Menyediakannya

1. Masukkan santan. Campurkan bahan-bahan yang telah dikisar.

2. Masukkan rebong, udang dan sedikit air.

3. Masak sehingga rebong lembut sedikit, kemudian masukkan
sedikit daun selasih, gula dan garam.

SELAMAT MENCUBA...

17 Oct 2005

Arrggghhhh!!! Stomache and mild headache...

Today I feel uneasy since early morning due to my headache... it's mild but irritating! Yesterday was also my tough day of fasting… my stomach… but I refuse to lose and won happily at last. This is how not to compromise with your lust…  :(

Don't be angry please...

Do You Know Your Anger Management Style?

There are 3 basic styles of anger management: The suppressor, the venter, and the manager or director. Although parents will find that they use each style in their everyday life, they will find that one of these styles are more dominate than the others. The source of these styles is a mix of environment and genetics. Certain temperament types are more likely to demonstrate one or more of these styles than others. And the culture, family, and society also play a role. But the most important factor in determining how a parent came to use one style or another in their most intimate relationships, namely with their children, is through learning. All of the styles of anger management are learned styles. And, if they were learned, they can be unlearned or relearned. What this implies is that parents are not stuck with their particular style of anger management but can learn to better manage or direct their anger.

The suppressor style sits on or suppresses anger. Parents with this style of anger management have learned that anger is all bad, therefore it must be eliminated. But anger is a God-given, natural emotion that cannot be eliminated. Consequently, parents bottle up their anger until it reaches the boiling point and they explode over the smallest, insignificant situation. Parents with this style tend to deny feeling or expressions of anger in their life. They are worried about what others might think or say if they were to express their anger. Their trigger thoughts include needing others to always approve of them or see them in positive light. They might also have grown up in a family with a venting parent. As a result, they might have learned to suppress their anger for fear of retaliation or made a personal vow never to be like their parent.

The ventor style is at the opposite end of the anger management continuim. Unlike the suppressor, this person freely and uncontrollably expresses their anger. They take no prisoners and have no mercy in the heat of the moment. Anyone and everyone can be a target for their verbal or physical expressions of anger. They often describe themselves as feeling "flooded" or under the control of their emotions which results in them acting out-of-control. They usually feel quilty and remorseful for their expressions of anger after the fact and may make promises to change. These people have learned that anger is a quick and effective way to control others or get what they want. Young children learn that temper tantrums will get them the candy or toy they desire and adults find out that anger outburst will get cooperation from children, however temporary the cooperation might be. The need for power and control are usually at the center of their thoughts. Inversely, they are often very insecure and feel powerless in their life unless they are venting at others. Ventors suffer interpersonally. As other avoid their outburst, they become isolated and alone. This too may result in more venting.

The last style is the manager or director style of anger management. The parent with this style of anger is aware of his anger but uses it in a constructive manner. He does not bottle it up like the suppressor or freely blast it like the ventor. Instead the manager will acknowledge their emotion and use the energy to create a change in their situation or relationship. For example, a parent might state: "I am very angry that the toys have not been picked up." The manager or director communicates in an assertive manner by stating what they want and not what they don't want. They might tell their child: "I want you to pick up all of these toys or I will have to put them away for a while." They do not blame or shame a child to gain their cooperation. While this might work in the short-term it usually fails to produce lasting cooperation. Instead it breeds resentment and revenge. Manager or directors do not follow the myths of anger management ("If you get it out it will go away" and "All anger is bad"). And most importantly, managers and directors detect, dispute, and discriminate any irrational thoughts that might trigger their anger. They are aware of what pushes their buttons and are able, with practice, to disconnect this faulty learning.

Article By:-
Ron Huxley, LMFT

14 Oct 2005

Resepi Berbuka Puasa Bagi Yang Bujang Kalau Nak Cuba!

Daripada merayap-rayap di hujung minggu bulan puasa ni baiklah cuba bakat memasak dua resepi mudah tapi sedap ni... :) Resepi ini adalah ihsan dari Puan Izma; thanks mem! :)


SUP EKOR



Bahan-Bahan

8 ketul ekor lembu

7 bahan di bawah ni hendaklah dikisar bersama:-
3 ulas bawang besar }
10 ulas bawang merah }
6 ulas bawang putih }
4 batang serai } dikisar
3 cm halia }
2 cm lengkuas }
8 biji buah keras }

3 s/besar serbuk ketumbar
2 s/besar serbuk lada putih
2 s/besar serbuk jintan manis
1 s/besar serbuk jintan kasar
2 batang sayur saderi (dipotong kecil)
1 batang lobak merah (dipotong besar)
2 biji kentang (dipotong)
3 biji tomato (dipotong)
sedikit daun bawang (dihiris)
sedikit daun ketumbar (dihiris)
bahan rempah ratus (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga)
1/2 cawan minyak sayuran
air secukupnya(untuk sup)
garam dan lada hitam secukup rasa
2 s/besar tepung
sedikit gula

Bahan Hiasan daun bawang (dihiris nipis) sedikit bawang goreng

Cara Menyediakannya

1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk tekanan tinggi, perapkan ketulan ekor lembu bersama garam secukup rasa, lada sulah dan tepung. Apabila minyak sayuran telah panas, masukkan dan tumis / goreng bahan yang diperap tadi ke dalam periuk tekanan tinggi.

2. Masukkan satu persatu kesemua bahan rempah ratus dan goreng perlahan-lahan sehingga wangi tanpa menghanguskannya.

3. Masukkan pula satu persatu kesemua sayur-sayuran serta daun ketumbar, tambahkan air secukupnya ke dalam periuk untuk merebus ketulan ekor lembu, teruskan merebus sehingga penunjuk aras tekanan meningkat ke aras dua.

4. Di peringkat ini, perlahankan api dan biarkan ia mereneh selama lebih kurang 30 minit lagi, setelah itu padamkan api, biarkan tekanan menurun dengan membiarkan periuk menyejuk sendiri selama 10 minit sebelum membukanya.

5. Panas dan renehkan semula sup tersebut, tambahkan bahan rempah ratus dan garam serta lada sulah secukup rasa sebelum menyajikannya samada dengan lontong , mi ataupun Makaroni goreng, jika suka taburkan di atasnya hirisan daun bawang atau bawang goreng.


LAKSA JOHOR



Bahan Utama
1 kg ikan kembung (direbus dan diambil isinya)

Bahan A
8 bahan di bawah adalah untuk dikisar bersama:-
20 tangkai cili kering (dicelur) }
10 ulas bawang merah }
4 ulas bawang putih }
3 batang serai } dikisar
sedikit lada hitam }
3 cm lengkuas }
3 s/besar udang kering }
500 gm udang basah }

sedikit daun kesom
sedikit daun kemangi

Bahan B
3 s/besar gula melaka
1/4 cawan air asam jawa
1 peket spaghetti (direbus)
2 biji kelapa parut (diambil santan)
1/2 biji kelapa parut (dibuat kerisik)
garam secukup rasa
sedikit daun kesom
sedikit jus limau kasturi
sedikit sambal belacan
sedikit air rebusan udang

Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak di kuali kemudian tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.

2. Masukkan kerisik, gula melaka, air asam jawa, garam, daun kesom, jus limau kasturi, sambal belacan, air rebusan udang dan santan ke dalam periuk tadi.

3. Didihkan.

4. Sajikan bersama bahan-bahan hiasan seperti timun, limau kasturi dan sambal belacan.

SELAMAT MENCUBA....

Cukupkah Apa Yang Kita Dapat?

Di sini ada petikan e-mail yang aku terima yang boleh kita kongsi bersama mesejnya...

Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin& orang2 yang beramal soleh...

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J. Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap-cakap di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magic. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil?

Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalamhati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2.

Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepadaYang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin

dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung takrehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kebodohan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,

Wassalamualaikum warahmatullah

Note *Belajarlah mensyukuri nikmat Allah S. W. T...*


Yes... that's it.

IQ Test!

IQ Test to help you decide how you should spend the rest of your day......

There is a mute who wants to buy a toothbrush. By imitating the action of brushing one's teeth, he successfully expresses himself to the shopkeeper and the purchase is done. Now if there is a blind man who wishes to buy a pair of sunglasses, how should he express himself?

So What Is The Answer..?

12 Oct 2005

Untuk Kita Renungkan...

Hari ni aku busy sikit tapi aku rasa elok kita renungkan bersama sabda Rasulullah s.a.w. yang mudah aje bunyinya tapi kalau dihalusi... dalam dan pedih ertinya...

Di dalam golongan binatang tiada manusia tetapi didalam golongan manusia ada binatang...


Bagaimana?

11 Oct 2005

Denggi Masih Hangat Di Penang

Media massa melaporkan keadaan denggi di Pulau Pinang masih serius... Dalam pada itu, dalam bebanyak e-mail yang aku terima, terdapat resepi Sup Ketam yang dikatakan boleh membantu merawat denggi. Sejauh mana betulnya Allahu a'lam... :-

Kita setuju dgn. Kak Suria, memang sup ketam cepat menaikkan pallette darah org yg kena demam denggi. Lagi satu air tembikai yg kita blend sendiri tanpa apa-apa campuran, air tembikai kosong, takde gula! Ini, Dr. HUKM yg. ajar saya sekeluarga. Pengalaman saya menjaga mak dan suami saya (bulan May aritu) kena demam denggi ni dlm waktu yg sama byk mengajar saya lebih berhati-hati dan lebih tawakkal seperti yg Kak Suria cakap, we always forgot our roots & lebih kpd duniawi.

Memang masa tu kelam kabut giler sbb tak tahu nak kejar mana dulu, mak kat HUKM, suami pulak kena transfer ke HBKL sbb rashes dah teruk seluruh badan (depa takut kena denggi berdarah so from HUKM they transfer to HBKL), belum criter pasal anak-anak yg tinggal dirumah lagi. Tak tahu nak criter la perasaan masa tu, Tuhan aje yg tahu. Tapi dgn kuasa Allah, lepas saja mak saya hirup sup ketam tu buat makan tengahari, petang dalam pukul 6 Dr ambik darah buat ujian, keputusannya keesokkan pagi dan lepas makan tengahari mak saya dah boleh keluar, berbanding dengan suami saya yg tak lalu makan sup ketam ketika tu, tak usik pun sup ketam tu, pallette darahnya semakin menurun sehingga saya paksa dia hirup sup ketam barulah pallette darahnya naik.

Buat pengetahuan, Dr beritahu saya pallette darah kita kalau sekali naik, dia akan terus naik. Lagi satu, minum byk air, tak kira la air pun asalkan lebih dari 10L satu hari, ini semua yg saya lihat dan bandingkan dari mak dan suami saya. Mak saya lebih kuat dan besemangat untuk baik, bagi aje air apa pun, semua dia minum, 1 hr ke tandas sampai 6-10 kali tp nakkan sihat dan cepat discharge dia ikut semua nasihat 4 malam aje kat hospital. Suami saya pulak terlampau layan sangat sakitnya tu, tak lalu makan, minum byk pun nak muntah duduk hospital 7 malam.

Nasihat saya untuk sesiapa yg dah kena agar tidak berulang lagi (sbb penyakit ni boleh berulang-ulang 3 hingga 6 bulan dlm masa yg kita kena) minum byk air dan kalau boleh minum air tembikai dan sup ketam. Dah panjang beno criter ni, akhir sekali saya ingin berkongsi bersama dibawah sup ketam simple yang saya buat ketika itu.

SUP KETAM
Bahan-bahan:-
Ketam 2 ekor
2 biji Buah pelaga
Kayu manis sepjg jari kelingking
Sekuntum bunga lawang
Bawang putih 5 biji ditumbuk
Halia sebesar ibu jari diketok
Serbok Lada hitam/lada putih
3 cawan air Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bawang goreng, daun sup & daun bawang

Caranya:-
Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga sampai naik bau, masukkan bawang putih, halia, biarkan seketika. kemudian masukkan air, serbok lada & garam, biar mendidih kemudian masukkan ketam, biarkan dalam 5-10 minit bagi air ketam tu sebati dgn kuah kemudian matikan api masukkan bawang goreng, daun sup & daun bawang yang telah diricih itu.

Note: Saya kurang gemar menggunakan bawang merah utk buat sup ni sbb saya sukakan manis dari ketam itu instead dari bawang merah yg kita guna.

10 Oct 2005

Hmmm...

First of all my CONDOLONCES to the people of Pakistan, Afghanistan and India for the disaster of the earthquake...


I am quite busy today... and not much to say here... :) By the way read this:-

Rumors of Another Quake Keep Kashmiris Out

By MUJTABA ALI AHMAD
Associated Press Writer
SRINAGAR, India
Hundreds of Kashmiris still on edge from the weekend's devastating earthquake rushed out of their homes and spent the frigid night outdoors after hundreds of mosques announced warnings of a new quake.

People jumped out of their beds late Sunday and ran into the streets, holding their children.

"I don't want to take a chance. What if there is a quake?" said Atiqa Bano, a 65-year-old housewife.

"There is going to be another quake, please leave your homes and go into open places," mosque officials shouted over loudspeakers in Srinagar, the summer capital of India's Jammu-Kashmir state.

Terrified people contacted their relatives and friends on mobile phones, urging them to get out of their homes. Women prayed aloud during the night as children clung to them.

At least 750 people were killed in Indian-administered Kashmir by Saturday's magnitude-7.6 earthquake, which flattened dozens of villages and triggered landslides that blocked rescuers from reaching many devastated areas. In neighboring Pakistan, the death toll ranged from 20,000 to 30,000.

G.K. Mohanty, a local meteorologist, said no strong earthquakes were recorded overnight Sunday, although dozens of aftershocks have been recorded since Saturday's devastating quake.

Police urged people to return to their homes, assuring them that there was no official earthquake warning.

8 Oct 2005

wsy header



7 Oct 2005

Where are they???

Sejak mula berpuasa ni... "gangguan" dari suku sakat dari alam cyber ni berkurangan sikit! Mesti depa tu letih, ngantuk, lemah otak dan macam-macam lagi :) Yang rajin menaip di YM pun le ni dua tiga patah aje taip... kalau tidak tak sempat kita nak taip... lepas dia, dia... ;) Penat taip dia bubuh icon pulak! Bulan ni depa terpaksa berjuang melawan nafsu depa hik hik hik...

6 Oct 2005

...maka bersyukurlah aku...

Semalam aku EL. Ngantuk lagi pun aku malas nak redah jam lepas pejabat. So aku nikmati ibadat puasa aku di rumah... Baca buku, semak bil dll. untung juga sebab mata dan telinga aku pun boleh puasa juga, kat rumah tak ada yang bukan-bukan yang boleh dilihat/didengar... :-)

Tak ada rasa apa-apa puasa semalam, cuma petang keluar beli kuih dan ambil Izz dari sekolah traffic jam dahsat... kena sabar... lagi 5 minit nak berbuka baru sampai ke rumah... Hari ni pun rasanya OK puasa, tak ada rasa apa-apa. Tapi bagaimana pula saudara seagama kita di Iraq, Palestin dan Afghanistan, Selatan Thai serta Aceh beribadat puasa kali ni...? Mesti tak selesa macam kita kan? Syukur betul aku rasanya dapat hidup dengan aman di tanahair aku yang aman damai ni... Janganlah ada yang memandai-mandai nak cetuskan huru-hara di sini hendaknya.

Hello my niece Aisya, thanks for the comment and visit this blog always!! :) Birthday Pakwan sama ngan Agassi manakala Izz sama ngan Roger Federer... what a coincidence! Hadiah tu dia saja nak bagi... :)

Spelling corrected...! :) Ngantuklah..!

4 Oct 2005

...hadiah dari anak...

Semalam anak tunggal aku Izz kata ada surprise untuk aku. Aku tak ambil kisah sebab dia memang suka menyakat. Sampai di rumah dia terus bagi aku hadiah, terharu juga hati aku sebab selalu kalau ada apa-apa dia cuma bagi kad buatan sendiri aje kat aku. Aku tanya mana dapat duit, dia kata dia kumpul. Hadiah tu gadget untuk dipakai (sangkut) di telinga masa memandu kalau terlentuk sebab ngantuk dia akan berbunyi kuat so kita akan tersedar semula... not bad! Untuk pakai balik kampung raya nanti katanya (memang aku suka balik malam atau Subuh... lepas berbuka atau sahur). Aku tanya lagi, mama punya tak ada ke? Tengah kumpul duit lagi katanya. Aku nasihati dia supaya jangan sampai berlapar sebab nak kumpul duit.

Yang penting bukan hadiah tu tapi bagi aku dia telah mula boleh menilai dan memahami kasih sayang ibubapanya terhadapnya. Syukurlah, mudah-mudahan dia jadi manusia yang berguna di masa akan datang. Amin.

3 Oct 2005

Ramadhan Is Around The Corner...

First of all... CONDOLENCES to the family of Bali Bombing tragedy...

CONGRATULATION Selangor for winning the cup.


Selamat Menyambut Ramadhan
Wishing all Muslim friends - Selamat Menjalankan Ibadah Puasa...

Ramadhan hampir menjelang dan persiapan hendaklah diadakan dengan memahami cara beramal di bulan Ramadhan mengikut sunnah dan jangan menjalani ibadah Ramadhan mengikut adat kerana Rasullah pernah bersabda didalam hadisnya :

Barang siapa menghidupkan sunnahKu ketika rosak umat-Ku maka baginya mendapat pahala seratus syahid.

Oleh itu berhati-hatilah melakukan amal supaya mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang baik disepanjang bulan Ramadhan dan dibawah ini dicatatkan amalan-amalan mengikut sunnah.


CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat Datang Ramadhan atau Selamat Menyambut Ramadhan).
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18.Solat Zuhur berjemaah.
19.Tadarus pendek.
20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21.Solat Asar berjemaah di Masjid.
22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV
yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24.Segera Solat Maghrib di Masjid.
25.Makan malam bersama keluarga.
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.


KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
3. Membuat hubungan baik kepada kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Aisyah dan Mariam.
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.

Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan
1. Sebelum puasa timbang badan
2. Kawal berbuka puasa
3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan
4. Elakan daripada makan berlebihan


RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.
3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :
a) Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
b) Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
c) Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.
d) Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
e) Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.
f) Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
1. Pastikan Tarawikh terakhir
2. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
Semoga kita semua mendapat keberkatanNya...
What Say You? © 2005 - 2016.