14 Oct 2005

Resepi Berbuka Puasa Bagi Yang Bujang Kalau Nak Cuba!

Daripada merayap-rayap di hujung minggu bulan puasa ni baiklah cuba bakat memasak dua resepi mudah tapi sedap ni... :) Resepi ini adalah ihsan dari Puan Izma; thanks mem! :)


SUP EKOR



Bahan-Bahan

8 ketul ekor lembu

7 bahan di bawah ni hendaklah dikisar bersama:-
3 ulas bawang besar }
10 ulas bawang merah }
6 ulas bawang putih }
4 batang serai } dikisar
3 cm halia }
2 cm lengkuas }
8 biji buah keras }

3 s/besar serbuk ketumbar
2 s/besar serbuk lada putih
2 s/besar serbuk jintan manis
1 s/besar serbuk jintan kasar
2 batang sayur saderi (dipotong kecil)
1 batang lobak merah (dipotong besar)
2 biji kentang (dipotong)
3 biji tomato (dipotong)
sedikit daun bawang (dihiris)
sedikit daun ketumbar (dihiris)
bahan rempah ratus (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga)
1/2 cawan minyak sayuran
air secukupnya(untuk sup)
garam dan lada hitam secukup rasa
2 s/besar tepung
sedikit gula

Bahan Hiasan daun bawang (dihiris nipis) sedikit bawang goreng

Cara Menyediakannya

1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk tekanan tinggi, perapkan ketulan ekor lembu bersama garam secukup rasa, lada sulah dan tepung. Apabila minyak sayuran telah panas, masukkan dan tumis / goreng bahan yang diperap tadi ke dalam periuk tekanan tinggi.

2. Masukkan satu persatu kesemua bahan rempah ratus dan goreng perlahan-lahan sehingga wangi tanpa menghanguskannya.

3. Masukkan pula satu persatu kesemua sayur-sayuran serta daun ketumbar, tambahkan air secukupnya ke dalam periuk untuk merebus ketulan ekor lembu, teruskan merebus sehingga penunjuk aras tekanan meningkat ke aras dua.

4. Di peringkat ini, perlahankan api dan biarkan ia mereneh selama lebih kurang 30 minit lagi, setelah itu padamkan api, biarkan tekanan menurun dengan membiarkan periuk menyejuk sendiri selama 10 minit sebelum membukanya.

5. Panas dan renehkan semula sup tersebut, tambahkan bahan rempah ratus dan garam serta lada sulah secukup rasa sebelum menyajikannya samada dengan lontong , mi ataupun Makaroni goreng, jika suka taburkan di atasnya hirisan daun bawang atau bawang goreng.


LAKSA JOHOR



Bahan Utama
1 kg ikan kembung (direbus dan diambil isinya)

Bahan A
8 bahan di bawah adalah untuk dikisar bersama:-
20 tangkai cili kering (dicelur) }
10 ulas bawang merah }
4 ulas bawang putih }
3 batang serai } dikisar
sedikit lada hitam }
3 cm lengkuas }
3 s/besar udang kering }
500 gm udang basah }

sedikit daun kesom
sedikit daun kemangi

Bahan B
3 s/besar gula melaka
1/4 cawan air asam jawa
1 peket spaghetti (direbus)
2 biji kelapa parut (diambil santan)
1/2 biji kelapa parut (dibuat kerisik)
garam secukup rasa
sedikit daun kesom
sedikit jus limau kasturi
sedikit sambal belacan
sedikit air rebusan udang

Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak di kuali kemudian tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.

2. Masukkan kerisik, gula melaka, air asam jawa, garam, daun kesom, jus limau kasturi, sambal belacan, air rebusan udang dan santan ke dalam periuk tadi.

3. Didihkan.

4. Sajikan bersama bahan-bahan hiasan seperti timun, limau kasturi dan sambal belacan.

SELAMAT MENCUBA....

4 comments:

Anonymous said...

Canon's "Digital Photo Professional" for .CR2 Raw Files
When I discovered that I couldn't use iPhoto 5 or Bridge for .CR2 Raw files from the new Canon 5D DSLR, I had to start looking for workflow workarounds.
Hey, you have a great blog here! I'm definitely going to bookmark you!

I have a not working site/blog. It pretty much covers not working related stuff.

Come and check it out if you get time, Scott :-)

Anonymous said...

Fall Festival
Caregivers, family and friends of individuals with Alzheimer's or other related dementias are invited to a Memory Support Group the third Thursday of the month at 6:30 PM at the Rice Home.
You have some good material ...would you like to visit my blog as well?
popup killer Please Disregard the title it's on my product web site.

Anonymous said...

You have a great blog here! I have a free music downloads site. In addition to free music downloads, you can get music of some of today's top artists' such as Green Day, Gwen Stefani, Simple Plan, Usher and many more. Check it out when you can :)
Rod

Anonymous said...

Hey, I really enjoyed reading your blog! I'm definitely going to bookmark you!

I have a cholesterol diet site/blog. It pretty much covers cholesterol diet related stuff.

Come and check it out if you get time :-)

Post a Comment

Thanks for commenting... ;)

What Say You? © 2005 - 2016.