25 Oct 2005

UDANG MASAK SERAI WANGI

Kalau rajin cubalah resepi ringkas ni... Thanks Puan Izma.

UDANG MASAK SERAI WANGI
Bahan-bahan
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
• Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
• Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
• Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
• Masukkan pati santan dan udang.
• Masak hingga naik bau.

3 comments:

Anonymous said...

lapo lak bila baca menu tu tadi....

Izma said...

most welcome.............

Yun said...

Jomlah kita cuba resepi ni... nampak macam sedap kalau tengok bahan dan cara dia.

Post a Comment

Thanks for commenting... ;)

What Say You? © 2005 - 2016.