18 Oct 2005

... 2 resepi best untuk dicuba...

Resepi ni dihantar oleh Puan Izma... :) Sesiapa yang rajin tu bolehlah mencuba KETAM MASAM MANIS dan MASAK LEMAK REBONG BERSAMA UDANG.


KETAM MASAM MANIS



Bahan-Bahan
4 ekor ketam bunga
3 s/besar minyak masak
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 cm halia muda (dihiris)
2 s/besar sos cili
1 s/kecil cili padi
sedikit air
1 s/kecil garam/secukup rasa
2 s/besar gula/secukup rasa
1/2 cawan nenas (dipotong dadu)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji telur
1 biji lada benggala hijau
3 helai daun bawang
segenggam daun ketumbar (dihiris nipis)
sedikit jus limau nipis
sedikit minyak bijan
sedikit mentega

Cara Menyediakannya

1. Masukkan sedikit garam dan gula ke atas ketam.

2. Pukul telur. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi ketam.
Gaulkan.

3. Goreng ketam dengan minyak yang panas.

4. Tumiskan halia, lada benggala hijau, bawang putih. Masukkan
nenas, tomato dan cili api. Masukkan ketam yang telah digoreng,
stok ayam dan sedikit air, sos cili, daun bawang, dan daun
ketumbar, setitik dua minyak bijan, dan sedikit mentega.
Kemudian perah asam limau.



MASAK LEMAK REBONG BERSAMA UDANG




Bahan-Bahan
500 gm udang segar
600 gm rebong
5 biji cili merah }
6 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih } dikisar halus
150 gm udang kering }
1 biji kelapa (diambil santan)
sedikit daun selasih, gula dan garam

Cara Menyediakannya

1. Masukkan santan. Campurkan bahan-bahan yang telah dikisar.

2. Masukkan rebong, udang dan sedikit air.

3. Masak sehingga rebong lembut sedikit, kemudian masukkan
sedikit daun selasih, gula dan garam.

SELAMAT MENCUBA...

2 comments:

Anonymous said...

resepi daging masak merah n kicap xde ker..

MiLd said...

Belum lagi...

Post a Comment

Thanks for commenting... ;)

What Say You? © 2005 - 2016.