13 Apr 2007

Bad signs given by girls...


FINE
Ini la yg perempuan suka gunakan utk hentikan pergaduhan, lebih2 lg bila dia rasa dia yg betul & anda kena diam. Jgn sesekali gunakan perkataan ini utk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai – hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya bererti setengah jam. Ianya sama jg dgn lima minit yg perlawanan bola sepak akan berakhir sblm anda membawa sampah ke luar, jd ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APE-APE
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yg inginkan anda berputar-putar kat dlm mcm mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yg akan bertahan selama LIMA MINIT dan diakhiri dgn FINE.

PERGILAH!!! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yg akan membuat si perempuan menjadi marah dgn TAKDE APE-APE dan diakhiri dgn FINE.

PERGILAH... (dgn kening biasa)
Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa awak nak sbb saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dlm beberapa minit diikuti dgn TAKDE APA-APA, FINE dan dia akan bercakap kembali dgn anda dlm masa LIMA MINIT apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yg sering disalah-anggap oleh kaum lelaki. MENGELUH YANG KUAT bermakna dia merasakan anda adalah seorang yg bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa di situ dan bergaduh mengenai TAKDE APE-APE.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. MENGELUH YG PERLAHAN bermaksud yg dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jgn buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yg paling merbahaya seorang perempuan boleh buat
kpd lelaki. OKAY LAH bermakna dia ingin berfikir panjang sblm dia membalas terhadap perbuatan anda yg telah menyakitkan hatinya. OKAY LAH selalunya digunakan dgn FINE bersama 'kening yang terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dlm masa terdekat, anda akan dilanda masalah besar.

TOLONG LA
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang utk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yg telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yg adil dgn kejujuran, jd berhati-hati dan anda tidak akan mendapat OKAY LAH.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jgn pengsan. Terima dan ucapkan "sama-sama" understand?

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!
Ini terlalu berbeza ataupun opposite utk TERIMA KASIH. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yg anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dgn MENGELUH YANG KUAT. Berhati-hati utk tidak bertanya apa yg salah selepas MENGELUH YANG KUAT kerana ini hanya akan membuat dia berkata TAKDE APE-APE.

Sebenarnya susah nak faham perempuan ni.. Bak kate Ida Nerina dlm Sepet yg maknenye lebih kurang.. U don't need to understand us.. u just need to love us.. ;)

2 comments:

jidan said...

minta izin copy yek

MiLd said...

no problem...

Post a Comment

Thanks for commenting... ;)

What Say You? © 2005 - 2016.