27 Feb 2006

SUSUK SERI MUKA - Kisah Benar!!!

Aku ada kenal 1 bomoh ni, dia kawan aku jugak la.. Kalau korang nak nampak cantik, ayu, sri, atau tampan aku boleh rekemen... baikkkk punyer!

Tak bahaya benda ni (bukan macam botox yang main cucuk-cucuk tu...) dan tak perlu amal yang pelik-pelik (benda-benda khurafat tu..) .... kene ikut je syarat-syarat bomoh tu.

Ada 1 al-kisah...


Seorang wanita dari KL yang sudah banyak kali putus tunang, jadi dia ambik jalan ni untuk berjumpa dengan bomoh seri ni untuk mendapatkan susuk seri.

Jadi bomoh tu suruh dia datang semula dengan barang pengeras:-

  • 7 Bunga : untuk mandi bunga
  • Pulut Kuning : pengeras
  • Ayam Kampung : pengeras
  • dan RM10 : sahaja
Jadi bila, setelah selesai mandi bunga, dan makan KFC bersama bomoh tersebut. Bomoh tersebut suruh awek tu tunggu jap dia nak gi ambik susuk tu.

Jadi awek ni tunggu laaa kat pondok tu sehingga bomoh tu balik.

30 minit kemudian muncul bomoh tu dan dengan sebungkus benda di tangan dia.

Bomoh : Nah pegang elok-elok benda ni, letak dia di tempat tinggi selama 3 Jumaat dari sekarang.

Wanita : Baik tok!

Bomoh : Cukup sudah 3 Jumaat, kamu buka tepat pukul 12 malam sebelum hendak tido. Buka benda ni di bilik air dan jangan lupa bilas dengan air setelah guna.

Wanita : Baik tok!

Setelah cukup 3 Jumaat, wanita tersebut bawa bungkusan kain kuning itu ke bilik air..................... dan alangkah....

TERKEJUTTTTTTTTTTTTTTTTNYA dia melihat!!! Tak sanggup nak dipaparkan di sini...

KLIK UNTUK MELIHAT ISI BUNGKUSAN

Tetiba... wanita itu mendapat 1 sms dari tok bomoh itu.... dan message bunyinya,

KEJELITAAN ADALAH HAK MILIK SETIAP INSAN!

Sekian...

0 comments:

Post a Comment

Thanks for commenting... ;)

What Say You? © 2005 - 2016.