11 Oct 2005

Denggi Masih Hangat Di Penang

Media massa melaporkan keadaan denggi di Pulau Pinang masih serius... Dalam pada itu, dalam bebanyak e-mail yang aku terima, terdapat resepi Sup Ketam yang dikatakan boleh membantu merawat denggi. Sejauh mana betulnya Allahu a'lam... :-

Kita setuju dgn. Kak Suria, memang sup ketam cepat menaikkan pallette darah org yg kena demam denggi. Lagi satu air tembikai yg kita blend sendiri tanpa apa-apa campuran, air tembikai kosong, takde gula! Ini, Dr. HUKM yg. ajar saya sekeluarga. Pengalaman saya menjaga mak dan suami saya (bulan May aritu) kena demam denggi ni dlm waktu yg sama byk mengajar saya lebih berhati-hati dan lebih tawakkal seperti yg Kak Suria cakap, we always forgot our roots & lebih kpd duniawi.

Memang masa tu kelam kabut giler sbb tak tahu nak kejar mana dulu, mak kat HUKM, suami pulak kena transfer ke HBKL sbb rashes dah teruk seluruh badan (depa takut kena denggi berdarah so from HUKM they transfer to HBKL), belum criter pasal anak-anak yg tinggal dirumah lagi. Tak tahu nak criter la perasaan masa tu, Tuhan aje yg tahu. Tapi dgn kuasa Allah, lepas saja mak saya hirup sup ketam tu buat makan tengahari, petang dalam pukul 6 Dr ambik darah buat ujian, keputusannya keesokkan pagi dan lepas makan tengahari mak saya dah boleh keluar, berbanding dengan suami saya yg tak lalu makan sup ketam ketika tu, tak usik pun sup ketam tu, pallette darahnya semakin menurun sehingga saya paksa dia hirup sup ketam barulah pallette darahnya naik.

Buat pengetahuan, Dr beritahu saya pallette darah kita kalau sekali naik, dia akan terus naik. Lagi satu, minum byk air, tak kira la air pun asalkan lebih dari 10L satu hari, ini semua yg saya lihat dan bandingkan dari mak dan suami saya. Mak saya lebih kuat dan besemangat untuk baik, bagi aje air apa pun, semua dia minum, 1 hr ke tandas sampai 6-10 kali tp nakkan sihat dan cepat discharge dia ikut semua nasihat 4 malam aje kat hospital. Suami saya pulak terlampau layan sangat sakitnya tu, tak lalu makan, minum byk pun nak muntah duduk hospital 7 malam.

Nasihat saya untuk sesiapa yg dah kena agar tidak berulang lagi (sbb penyakit ni boleh berulang-ulang 3 hingga 6 bulan dlm masa yg kita kena) minum byk air dan kalau boleh minum air tembikai dan sup ketam. Dah panjang beno criter ni, akhir sekali saya ingin berkongsi bersama dibawah sup ketam simple yang saya buat ketika itu.

SUP KETAM
Bahan-bahan:-
Ketam 2 ekor
2 biji Buah pelaga
Kayu manis sepjg jari kelingking
Sekuntum bunga lawang
Bawang putih 5 biji ditumbuk
Halia sebesar ibu jari diketok
Serbok Lada hitam/lada putih
3 cawan air Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bawang goreng, daun sup & daun bawang

Caranya:-
Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga sampai naik bau, masukkan bawang putih, halia, biarkan seketika. kemudian masukkan air, serbok lada & garam, biar mendidih kemudian masukkan ketam, biarkan dalam 5-10 minit bagi air ketam tu sebati dgn kuah kemudian matikan api masukkan bawang goreng, daun sup & daun bawang yang telah diricih itu.

Note: Saya kurang gemar menggunakan bawang merah utk buat sup ni sbb saya sukakan manis dari ketam itu instead dari bawang merah yg kita guna.

8 comments:

Anonymous said...

bagus la bulan2 pose ni bg resepi sup ketam.. ptg ni bleh r cube2 masak.

Anonymous said...

resepi lain tak der ker......bagi ler idea untuk berbuka petang kang..........

Anonymous said...

INI DAH SALAH TAJUK DAH NI...!!! NI PATUTNYER MASUK DALAM TAJUK MEMASAK/CHEF KWAH KWAH KWAH... TETIBA LAK KISAH DENGGI LEH MASUK BAB SUP-SUP PLAK!!! KWAH KWAH KWAH

Anonymous said...

sup ketang... sedak...

Anonymous said...

blehh caya ker resepii nihh?? ermm musykill denn...(sambil menggaru tapakk kaki yang x gatal)

Anonymous said...

Baca betul-betul dan fahamkan... Nak tahu lebih lanjut cuba makan sendiri. Ni bulan2 puasa anti sesama manusia ni apa hal? Awak ada inisiatif nak buat ni ke? Atau cuma pandai kutuk orang je? Kesian...

Anonymous said...

Saya berpesan kepada diri saya dan keluarga serta sahabat-sahabat sekelian, jauhkanlah diri dan hati kita daripada sifat sombong, bongkak, prasangka buruk kepada sahabat, tidak menghargai pandangan orang lain, dengki dan sifat-sifat mazmumah yang lain. Penuhi amal kita dengan sifat-sifat mahmudah.

Wasallam semua... :))

Anonymous said...

huhhh... adaaa plakss yang menyokong si mild nih... nyampahhsss

Post a Comment

Thanks for commenting... ;)


What Say You?

What Say You? © 2005 - 2016.