Artikel yang baik untuk direnungi...
Saya telah mengikuti kes selsema burung hampir dua tahun. Ini bermula apabila terjadinya kes pertama selsema burung di Vietnam pada bulan Disember 2003. Pada awal tahun 2004 wabak yang sama telah merebak di Thailand. Pada Februari 2005 ianya berjangkit ke Kemboja. Julai berikutnya wabak ini telah sampai ke Indonesia. Tahun lalu selesema burung telah melanda Indonesia. Kemudian wabak ini telah sampai ke Gombak.
Hari ini hama wabak burung ini telah ditemui di Iraq, Nigeria, Azerbaijan, Bulgaria, Greece, Itali, Slovenia, Iran, Austria, Jerman, Mesir, India dan Perancis. Hingga ke hari ini ada 192 kes jangkitan dari burung ke manusia dan telah mengambil nyawa 92 manusia. Di Indonesia 19 mangsa telah mati dan di Vietnam 42. Semua data-data ini saya pungut dari laporan World Health Organisation (WHO).
Hama avian ini memang telah lama wujud terutama dalam badan itik. Hama ini tidak mencederakan atau membawa penyakit kepada itik. Ianya menjadi bahaya apabila hama ini berjangkit kepada ayam. Ayam adalah satu-satunya burung yang terlalu rapat hubungan dengan manusia. Hasilnya jangkitan yang telah berlaku ini semuanya bersabit dengan ayam.
Saya sendiri memang telah lama menjauhkan diri dari membeli ayam atau memakan daging ayam. Saya belum pernah menjejakkan kaki ke dalam restoran segera yang menjual ayam goreng atau burger. Ini bukan kerana saya telah menjadi vegetarian tetapi kerana saya telah melihat dan membaca tentang cara dan teknik pemeliharaan ayam yang sedang berjalan hari ini.
Dari apa yang saya baca dan apa yang saya lihat - tempat-tempat pemeliharaan ayam moden ini samalah seperti bom jangka yang akan meletup bila-bila masa sahaja.
Kalau dulu, ayam-ayam di kampung akan membesar dalam masa tiga atau empat bulan. Bandingkan, ayam-ayam moden hari ini hanya mengambil masa kurang lebih 40 hari sebelum ianya dijual ke pasaran. Dalam masa yang sama ayam-ayam moden ini kelihatan lebih besar, lebih subur dan lebih lembut dagingnya. Dalam semua kelebihan ini saya ingin bertanya apakah ianya lebih selamat untuk dimakan?
Ayam-ayam moden hari ini kelihatan semuanya memakai baju yang sama. Mereka didudukkan di dalam bilik yang sempit dan diberi makan mengikut peraturan. Ayam-ayam ini juga diberi pelbagai jenis pil dan hormon agar ianya 'kelihatan' subur dan menarik apabila ianya telah disembelih untuk dijual di pasar. Ayam-ayam ini juga tidak pernah mengotorkan kaki mencakar tanah mencari cacing. Badan ayam-ayam ini tidak pernah dipanah oleh cahaya matahari. Bayangkan dalam masa 40 hari dari sebiji telor yang menetas dengan kuasa eletrik, ianya siap sedia untuk dihidangkan ke meja makan.
Ketika saya berada di Britain pada tahun 80an dahulu telah timbul satu malapetaka besar ? mad cow disease ? sakit lembu gila. Pada awalnya pihak yang berwajib kurang mengambil perhatian tentang penyakit lembu gila ini. Berita-berita awal penyakit ini hanya dilaporkan sebagai kes yang terpencil. Ini berlanjutan sehingga ke tahun 90an apabila penyakit lembu gila ini telah merebak dan meragut nyawa bukan sahaja lembu tetapi manusia yang memakan daging lembu ini juga turut menjadi gila.
Akhirnya terbocor berita kajian tentang bagaimana penyakit ini muncul. Kajian dan berita yang dilaporkan cukup memeranjatkan. Dari kajian, orang ramai telah diberitahu bahawa lembu-lembu daging ini telah diberi makanan khusus yang bukan sahaja dari rumput dan bijirin. Bahan campuran makan lembu ini termasuk juga lebihan-lebihan dari daging dan tulang kambing dan ayam yang dicampurkan untuk menjadikan lembu ini gemuk. Bayangkan lembu telah memakan kambing dan ayam. Perkara ini telah berlaku begitu lama sekali sehingga memunculkan penyakit lembu gila.
Bahan makanan ini bukan lagi asli tetapi satu yang tidak asli yang hanya bertujuan untuk kemontokan lembu. Manusia hari ini telah terperangkap dalam tamadun moden yang pada awalnya menjanjikan kebaikan tetapi apa yang kita temui hari ini adalah di sebaliknya. Modeniti yang telah mengampuh abad ke dua puluh semakin dilihat sebagai satu ancaman.
Modeniti hari ini berkemungkinan memusnahkan bukan sahaja manusia malah akan meledakkan dunia yang kita duduki ini.
Kelihatan apa sahaja yang telah kita teroka, kita bina dan kita lakukan akan membawa dan melahirkan satu padah akibat yang baru. Akibat yang baru ini pula akan cuba kita ubati…sayangnya ianya juga akan membawa satu lagi bencana yang lebih besar. Kini semakin jelas bahawa 'pengetahuan dan keilmuan' yang kita temui selama ini semakin mengancam diri kita sendiri. Pandangan yang berpendapat bahawa ilmu pengetahuan manusia akan dapat menundukkan alam telah menjadi satu pandangan yang silap dan semakin dikritik. Semakin bijak percubaan kita untuk menakluki alam semakin kuat dan keras jawapan alam terhadap kita.
Keadaan ini sama juga dengan cara ayam-ayam moden yang berbaju putih yang dipelihara dalam bilik-bilik kecil. Apa yang sedang kita lakukan terhadap ayam-ayam ini ialah niat kita untuk melawan hukum alam. Memang betul para pakar telah melakukan kajian yang rapi tetapi wajib diingat bahawa ayam sebagai burung seharusnya berkeliaran bebas berjalan dan sesekali terbang.
Ayam-ayam di dalam sangkar ini bukan sahaja telah dinafikan hak untuk berjalan bebas malah ayam-ayam ini telah juga dinafikan hak berahi seksualitinya. Ayam jantan dan ayam betina di dalam bilik-bilik kecil ini tidak pernah mengawan.
Kalau ayam betina ini tidak pernah jumpa ayam jantan, apa jenis telur yang keluar? Apa jenis anak ayam yang akan menetas?
Saya bukan ahli sains atau pakar dalam hal hidupan binatang. Tetapi saya memiliki hak untuk menimbulkan pekara-pekara ini kerana saya pernah melihat bagaimana ayam-ayam yang mati di dalam sangkar atau di rumah-rumah ayam dibiarkan mati dan akhirnya menjadi bahan makanan untuk ayam-ayam yang lain. Kalau dahulu ada lembu yang memakan ayam dan kambing kini ayam pula sedang memakan ayam. Apa yang akan terjadi kepada ayam-ayam yang memakan daging kawan-kawan mereka?
Mungkin ada saintis yang akan mengatakan ini tidak membawa apa-apa masalah tetapi sebagai seorang yang tidak terdidik dalam ilmu sains saya akan menganggap ini satu perkara gila. Ayam bukan burung hereng (vulture). Daging ayam bukan makanan untuk ayam.
Mungkin ada yang akan mengajukan pendapat bahawa manusia yang semakin padat dalam dunia ini tidak memiliki pilihan. Dunia ini bertambah sempit dan industri makanan wajib melahirkan makanan yang cukup untuk semua. Saya menolak pandangan ini. Ini bukan satu pandangan yang menyeluruh. Ayam dalam sangkar yang berhimpit-himpit hanya satu manifestasi dari budaya modeniti abad kedua puluh.
Saya menimbulkan kes ayam ini sebagai satu manifestasi modeniti kerana ketika ini dunia sedang membincangkan hama avian sedang merebak. Saya ingin menjemput kita semua untuk duduk sebentar dan berfikir apa yang sebenarnya sedang terjadi kepada tamadun manusia yang kita panggil moden ini. Kita bergegas ke hulu ke hilir untuk mencari apa? Semuanya ingin kita lakukan dengan pantas dan segera ? mee segera, makanan segera, ayam segera, sayur segera- teh segera ? semua ingin disegerakan.
Cepat, pantas dan segera ini hendak ke mana? Dengan segala kesegeraan ini apakah kita telah berjaya menawan dan mengumpul masa. Saya kurang yakin yang manusia moden telah dapat mengumpul masa. Apa yang saya lihat dalam segala kesegeraan ini kita sebagai manusia sedang terperangkap dalam satu bilik yang kecil, bangun dan bekerja mengikut masa, memakai baju yang sama, memakan makan yang dicampur hormon, pil dan ubat perasa agar kita sihat untuk menjual tenaga. Ini pada anggapan saya tidak berapa jauh bezanya dari kehidupan ayam berbaju putih. Cuma masanya belum sampai di mana kita akan memakan mayat kawan kita.

3 comments:
best lah artikel nie.. tak sangka lak baca sampai abis..
Manusia semakin rakus untuk mencari keuntungan dan dalam masa yang sama turut menjadikan manusia lain sebagai korban kerakusan mereka...
Artikel yang hebat...Azman
Acik ila and Azman,
Yeah very nice article... Glad to share it. TQ for dropping by.
Post a Comment
Thanks for commenting... ;)