12 Sept 2006

RAMBUT... kenali diri anda


RAMBUT LURUS - bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu, dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan.

RAMBUT KERINTING TEBAL - kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung.

RAMBUT KERINTING NEGRO - bijak, ego, cemburu buta, romantik, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.

RAMBUT IKAL MAYANG - bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.

RAMBUT HALUS/LEMBUT - bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

RAMBUT SIKIT - bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

RAMBUT PERANG - kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

RAMBUT TEBAL - bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

RAMBUT KUSUT - sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan. 
p/s: malas sikat rambut

RAMBUT BERUBAN - kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri.

TIADA RAMBUT - macam mana nak kate ye.... kesian.

RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN - itu rambutan...  Huahuahuahua...

8 Sept 2006

Cubalah kita renungkan...

  • Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
  • Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
  • Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
  • Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
  • Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
  • Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
  • Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
  • Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
  • Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
  • Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
  • Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
  • Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
  • Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
  • Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
  • Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu...
  • Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
  • Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
  • Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
  • Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
  • Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
  • Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
  • Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
  • Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
  • Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
  • Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
  • Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
  • Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
  • Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
  • Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
  • Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
  • Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

7 Sept 2006

Nisfu Sya'aban...


Assalamu'alaikum w.b.t...

Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Khamis malam Jumaat (sebaik saja masuk maghrib), 7hb September, 2006 (selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1427H). Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:-

  • Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 7 September 2006) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
  • Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 7 September 2006)
  1. Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
  2. Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
  3. Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.... Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
  4. Baca doa nisfu Sya'aban (ada di dalam Yasin Majmuk)
  • Baca surah ikhlas 1000x
  • Berpuasa pada siangnya
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah:
  • Malam Dimustajabkan Doa
  • Malam Pembahagian Takdir
  • Malam Rahmat
  • Malam Berkat
  • Malam Pengampunan (Taubat)
  • Malam Penebusan
  • Malam Syafaat
  • Malam Penulisan
  • Malam Keagungan dan Kemuliaan
  • Malam Rezeki
  • Malam Hari Raya Para Malaikat
  • Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
  • Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
  • Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam


JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA JUMAAT 8 SEPTEMBER INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK TAHUN HADAPAN...INSYALLAH...


Sampaikanlah kepada rakan-rakan kita yang lain....InsyaAllah.


4 Sept 2006

Woit!!! Tengok apa tu!!!!

Boleh ke aku cabut bulu biar seksi macam ni?

What Say You?

What Say You? © 2005 - 2016.