20 Jan 2006

ICE not AIS!

Pagi tadi aku dengar KLFM fasal penggunaan ICE (In Case of Emergency) di telefon bimbit oleh En. Azli. Kaedah ini diguna pakai oleh masyarakat dunia. Caranya:-
  1. Taip ICE [space] nama orang yang mesti dihubungi kalau berlaku kecemasan di phone book telefon bimbit kita.
  2. Senaraikan nombor ICE tadi di Speed Dial No. 5 (keypad no. 5). Kenapa no. 5? Sebab no. 5 senang dicari dan diraba kerana di keypad no. 5 tu terdapat satu biji kecil. Cuba check, ada kan? Kalau kita sendiri ditimpa kemalangan tapi sempat capai telefon bimbit... bear in mind to raba no. 5!
  3. Kenapa perlu tulis ICE? Kalau kita di timpa kemalangan di Dungun, Terengganu bolehlah depa baca apa yang kita tulis seperti Abah atau Emak atau Anak... TETAPI... kalau kita ditimpa kemlangan di bawah jam Big Ben, London atau di tempat letak kereta Empire State Building macam mana??? What Say You? Para penyelamat di kalangan antarabangsa akan mencari ICE dahulu di telefon bimbit mangsa kemalangan untuk menghubungi waris mangsa...

Thanks KLFM!!! Siapa kata RTM tak best???

1 comments:

[The Protagonist] said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Thanks for commenting... ;)


What Say You?

What Say You? © 2005 - 2016.