7 Oct 2005

Where are they???

Sejak mula berpuasa ni... "gangguan" dari suku sakat dari alam cyber ni berkurangan sikit! Mesti depa tu letih, ngantuk, lemah otak dan macam-macam lagi :) Yang rajin menaip di YM pun le ni dua tiga patah aje taip... kalau tidak tak sempat kita nak taip... lepas dia, dia... ;) Penat taip dia bubuh icon pulak! Bulan ni depa terpaksa berjuang melawan nafsu depa hik hik hik...

6 Oct 2005

...maka bersyukurlah aku...

Semalam aku EL. Ngantuk lagi pun aku malas nak redah jam lepas pejabat. So aku nikmati ibadat puasa aku di rumah... Baca buku, semak bil dll. untung juga sebab mata dan telinga aku pun boleh puasa juga, kat rumah tak ada yang bukan-bukan yang boleh dilihat/didengar... :-)

Tak ada rasa apa-apa puasa semalam, cuma petang keluar beli kuih dan ambil Izz dari sekolah traffic jam dahsat... kena sabar... lagi 5 minit nak berbuka baru sampai ke rumah... Hari ni pun rasanya OK puasa, tak ada rasa apa-apa. Tapi bagaimana pula saudara seagama kita di Iraq, Palestin dan Afghanistan, Selatan Thai serta Aceh beribadat puasa kali ni...? Mesti tak selesa macam kita kan? Syukur betul aku rasanya dapat hidup dengan aman di tanahair aku yang aman damai ni... Janganlah ada yang memandai-mandai nak cetuskan huru-hara di sini hendaknya.

Hello my niece Aisya, thanks for the comment and visit this blog always!! :) Birthday Pakwan sama ngan Agassi manakala Izz sama ngan Roger Federer... what a coincidence! Hadiah tu dia saja nak bagi... :)

Spelling corrected...! :) Ngantuklah..!

4 Oct 2005

...hadiah dari anak...

Semalam anak tunggal aku Izz kata ada surprise untuk aku. Aku tak ambil kisah sebab dia memang suka menyakat. Sampai di rumah dia terus bagi aku hadiah, terharu juga hati aku sebab selalu kalau ada apa-apa dia cuma bagi kad buatan sendiri aje kat aku. Aku tanya mana dapat duit, dia kata dia kumpul. Hadiah tu gadget untuk dipakai (sangkut) di telinga masa memandu kalau terlentuk sebab ngantuk dia akan berbunyi kuat so kita akan tersedar semula... not bad! Untuk pakai balik kampung raya nanti katanya (memang aku suka balik malam atau Subuh... lepas berbuka atau sahur). Aku tanya lagi, mama punya tak ada ke? Tengah kumpul duit lagi katanya. Aku nasihati dia supaya jangan sampai berlapar sebab nak kumpul duit.

Yang penting bukan hadiah tu tapi bagi aku dia telah mula boleh menilai dan memahami kasih sayang ibubapanya terhadapnya. Syukurlah, mudah-mudahan dia jadi manusia yang berguna di masa akan datang. Amin.

3 Oct 2005

Ramadhan Is Around The Corner...

First of all... CONDOLENCES to the family of Bali Bombing tragedy...

CONGRATULATION Selangor for winning the cup.


Selamat Menyambut Ramadhan
Wishing all Muslim friends - Selamat Menjalankan Ibadah Puasa...

Ramadhan hampir menjelang dan persiapan hendaklah diadakan dengan memahami cara beramal di bulan Ramadhan mengikut sunnah dan jangan menjalani ibadah Ramadhan mengikut adat kerana Rasullah pernah bersabda didalam hadisnya :

Barang siapa menghidupkan sunnahKu ketika rosak umat-Ku maka baginya mendapat pahala seratus syahid.

Oleh itu berhati-hatilah melakukan amal supaya mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang baik disepanjang bulan Ramadhan dan dibawah ini dicatatkan amalan-amalan mengikut sunnah.


CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat Datang Ramadhan atau Selamat Menyambut Ramadhan).
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18.Solat Zuhur berjemaah.
19.Tadarus pendek.
20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21.Solat Asar berjemaah di Masjid.
22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV
yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24.Segera Solat Maghrib di Masjid.
25.Makan malam bersama keluarga.
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.


KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
3. Membuat hubungan baik kepada kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Aisyah dan Mariam.
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.

Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan
1. Sebelum puasa timbang badan
2. Kawal berbuka puasa
3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan
4. Elakan daripada makan berlebihan


RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.
3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :
a) Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
b) Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
c) Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.
d) Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
e) Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.
f) Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
1. Pastikan Tarawikh terakhir
2. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
Semoga kita semua mendapat keberkatanNya...

What Say You?

What Say You? © 2005 - 2016.